Mengangkat Integriti, Walau Tidak Menang Kerusi


Salam Sejahtera, Salam 1 Impian,

Rakan seperjuangan, penyokong dan rakyat Sabah yang saya kasihi.  Keputusan PRU17 telah diumumkan. Ya, kami terima dengan hati terbuka – kami tewas. Bukan sahaja saya di DU N.47 Telupid malah kesemua calon Parti Impian Sabah di seluruh Sabah.  Namun, saya berdiri hari ini dengan penuh kebanggaan. Kenapa?

💯 Kemenangan Moral, Kemenangan Maruah
Kita telah membuktikan bahawa politik integriti masih wujud!

Parti Impian Sabah bertanding tanpa politik wang. Kami memilih jalan yang bersih, menolak rasuah dan hanya menawarkan idealisme serta perkhidmatan. Kita mungkin tidak memenangi kerusi, tetapi kita telah memenangi maruah dan kepercayaan terhadap perjuangan yang jujur. Inilah kemenangan moral kita yang paling besar!

Bagi Parti Impian Sabah, ini adalah kali pertama melangkah ke gelanggang pilihan raya umum. Anggaplah kekalahan ini sebagai ‘yuran pengajian’ yang mahal dalam Sekolah Demokrasi.

    • Kita mendapat ‘exposure’ (pendedahan) yang tak ternilai.
    • Kita kini kenal erti penat lelah jentera di lapangan.
    • Kita kini faham denyut nadi rakyat.
    • Kita telah meletakkan asas kukuh untuk masa depan parti.

Selepas ini kita tidak lagi akan bertatih tetapi berlari, bergerak maju ke hadapan kerana kita yakin dan percaya bahawa kekalahan semalam adalah kemenangan yang tertangguh!

Kepada semua jentera, sukarelawan dan penyokong yang telah bekerja tanpa lelah, saya merakamkan jutaan terima kasih. Jangan biarkan semangat patah! Kekalahan hari ini adalah penamat satu babak tetapi esok adalah permulaan babak yang baharu. Seperti kata pepatah:

“Kejayaan bukanlah muktamad, kegagalan bukanlah fatal: Yang penting ialah keberanian untuk meneruskan perjuangan.”

Parti Impian Sabah akan bangkit. Kita akan mengkaji dan datang semula, lebih kuat, lebih bijak dan lebih bersedia!

Your content goes here. Edit or remove this text inline or in the module Content settings. You can also style every aspect of this content in the module Design settings and even apply custom CSS to this text in the module Advanced settings.

Your content goes here. Edit or remove this text inline or in the module Content settings. You can also style every aspect of this content in the module Design settings and even apply custom CSS to this text in the module Advanced settings.

Ingin lihat kandungan penuh kedua-dua manifesto Parti Impian Sabah?

Manifesto 100 Hari

Manifesto Umum

Kenali barisan calon Parti Impian Sabah yang bersedia membawa suara anda ke pentas kepimpinan Dewan Undangan (DU) Sabah bagi memperjuangkan masa depan negeri tercinta.

Bangi Bengkoka Pitas TgKapor Matunggong Bandau Tandek Pintasan Tempasuk Kadamaian Sulaman Pntaimanis Tamparuli Kiulu Karambunai Darau Inanam Likas Api luyang TgAru Petagas TgKeramat Kapayan Moyog Limbahau Kawang ptmanis Bongawan Membakut Klias KPenyu Lumadan Kundasang Paginatan Bangi Bengkoka Pitas TgKapor Matunggong Bandau Tandek Pintasan Tempasuk Kadamaian Sulaman Pntaimanis Tamparuli Kiulu Karambunai Darau Inanam Likas Api luyang TgAru Petagas TgKeramat Kapayan Moyog Limbahau Kawang ptmanis Bongawan Membakut Klias KPenyu Lumadan Kundasang Paginatan